Technorati search

11/8/08

KITALAH PENGEMBALA ITU MENJAGA SEKAWAN NAFSU

Tanpa sedar
kitalah pengembala itu
menjaga sekawan nafsu
membiak di padang kalbu.

Demi meragut lara
segar dan muda di luar sana
sekawan nafsu di padang kalbu
mula mengganas dan merempuh
rebah sebaris pagar iman
sekian lama dipasang moyang.

Kitalah pengembala itu
lupa untuk menghitung nafsu
cepat membiak di padang kalbu
dan lupa mengukuhkan pagar iman
yang kian usang.

Kerana kita pengembala pelupa
nafsu bebas berkeliaran
menceroboh sempadan terlarang.

M. ARIF
D' Perdana, Bachok


No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.