Technorati search

5/4/08

TAMPARAN KEKALAHAN

Di arena perlawanan
yang kita kalah
kerana seninya
tidak lagi mudah
tidak lagi
satu dua macam helah.

Dahulunya senjata hanya suara
kini gerak jadi patah semua
ayunan kaki tangan tidak kena.

Di medan runding kira bicara
lidah sudah tiada mutiara kata
kita mendekati orang menjauhi
kita datang orang berpulangan.

Di mana kita
letakkan keyakinan
tersambar hilang kepercayaan.
apakah ada antara kita
panglima menyingit kayu tiga
hulubalang membuang senjata
sehingga tamparan kekalahan
muka maruah merah padam
atau kita hilang hidayat-nya
nafsu nafsi menyarangi dada
Ilahi tiada di jiwa.

A AZIZ DERAMAN
Kota Bharu

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.