Loading...
Technorati search

5/12/08

KASIH IBU

Sesudah mentari membuka mata
bergegas ibu tua
menuruni anak tangga berbunga harapan
meredah paya kegelisahan
mencari pucuk paku kerinduan
singgah di kebun ingatan
bersandar di perdu kenangan
menjolok nangka muda kegembiraan
di pohon ingatan.

Sebelum Zuhur menyapa
bauan kasih sayang ibu
mengapung di rumah kayu

Senyum tak lekang di wajah kedut seribu
menunggu kepulangan anak menantu cucu.

KHAIRUL HAKIMI MANSOR
Semsas, Kuantan

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.