Technorati search

5/12/08

BUAT ANAK-ANAK; BELAJARLAH MENGERTI

Kasih seorang anak
bukan ditimbang kati dengan emas dan intan.

Balasan sayang dambaan daripada seorang anak
bukan mahligai indah muluk agam indah jadi hiasan
rindu dendam penuh pengharapan tak terucapkan
bukan kiriman not berangka besar jadi hitungan.

Ibu bapa
kasih diutus dari syurga membawa ke syurga
cinta yang asalnya suci mencuci dosa.

Penuh pengharapan
bukan balasan yang jadi taruhan
tidak ada permintaan yang perlu ditunaikan
hanya Tuhan punya Kekuasaan
menghitung jasa yang zahir dan ghaib
menanti anak-anak di pintu syurga
bersama titipan doa kerana solehnya.

FARHANA HUSSAIN
Kolej Dato Onn, UKM Bangi.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.