Technorati search

5/12/08

SUSUMU YANG KUMINUM


(Sempena Hari Ibu 2008)


Mengenangmu ibu
hatiku sayu dan sendu
jarak perpisahan kita kini
tidak mungkin bersua di sini
hanya doa putih dapat kutaburi
mengiringi solatku setiap hari
seikhlas hati seorang wali.

Ibu, susumu yang kuminum
adalah seladang kasihmu
yang ranum
nasimu yang kujamah
sejuta kudratmu
yang diperah
biayamu yang kuterima
deritamu yang kauserah.

Kini, kubawa berlari kata
hikmatmu dulu:
'agama dipegang adat dijunjung
bakti ditabur usah ditakbur'
terima kasih ibu, mendewasaku!

DJ DOLASOH
SMK Dato' Ahmad, Lenggong.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.