Technorati search

12/30/07

POTRET DISEMBER

Langit tengkujuh berdesir
dalam ribut dan lolong petir
selubung awan berkeladak hitam
menyimbahi warna kelam
ketika riak dan gelombang
bersatu menghempas pesisiran
di pantai duka
biduk dan kolek tua tersadai lara
dihempas nestapa di hujung Disember.

Di rumah kedaifan
ada suara sendu kelaparan
meratibi suratan
saat bumbung usang menitiskan hujan
dalam gigil kedinginan
menunggu fajar mentari esok hari
masihkah ada secubit rezeki menanti
untuk sebungkus roti dan secangkir kopi
buat santapan mengalas perut anak isteri
di gubuk kemiskinan ini.

YUSMIAYANI YUSOFF
Teratak Samudera, Kuala Kemaman

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.