Technorati search

12/6/09

TUKANG JAHIT

Setelah aku menjahit alur yang terputus
lalu aku menjahit cintaku yang tergetus.

Setelah aku menjahit sungai yang terpecah
lalu aku menjahit kasihku yang tercurah.

Setelah aku menjahit laut yang terbelah
lalu aku menjahit sayangku yang tergundah.

Aku tukang jahit yang miskin
tak punya rupa
aku tukang jahit yang papa
tak punya harta
aku tukang jahit yang kedana
tak punya kuasa
biarlah aku menjahit cerita
sepanjang usia
selagi jahitanku tidak terluka
selagi jahitanku tidak terduka hati sesiapa
walaupun diri ini sejuta bara
dalam sebuah ceritera
sandiwara purbawara penglipur lara.

WAN AHMAD ISMAIL
Kuala Terengganu

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.