Technorati search

12/27/08

APAKAH KITA AKAN BERTANYA LAGI?

1
Esok pagi-pagi
kita bertanya
apakah nasib bahasa dan
bangsa di tanah air sendiri
kerana semalam, kita
tidak sempat duduk bicara, bertindak
atau meluangkan masa �
masih terlalu banyak kerja kelmarin
berselerak di atas meja.

Esok pagi-pagi
kita bertanya lagi
apakah akan terjadi kepada
waris leluhur kelak
di tanah tumpah nenek moyang
pernah bergolok-bergadai
mempertaruh nyawa demi
kelangsungan watannya � dan
kerana malam tadi, kita
masih di depan komputer serta
mesin kira-kira dengan sejumlah
kertas kecil; belum sempat dibilangi.

2
Esok pagi-pagi
setelah segala yang disesali
sudah tidak bererti
apakah kita akan bertanya lagi;
dan kerja-kerja, komputer,
serta mesin kira-kira dan
kertas-kertas kecil � benar � segala
sudah tidak bermakna lagi.

WB RENDRA
Kuala Lumpur � Johor Bahru

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.