Technorati search

11/8/08

KETIKA PADA HUJUNG WAKTU

Di penjuru sana, sekelompok kelkatu
dilepaskan ketika gerhana matahari
jatuh dan tertiarap di hujung waktu
supaya serpihan sayapnya dijelmakan
dalam sayup mimpi.

Sebentar saja lagi, malam akan menyerkup
buih-buih noda yang menggelembung
di pentas waktu, moga nanti dia menjadi
orang terpilih oleh Yang Agung
berbaris di pintu syurga.

NAAPIE MAT
UPM - ogos 08

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.