Technorati search

8/23/08

Keranda Cinta


(Buat Allahyarham SN S Othman Kelantan)


Dari kayu terbilang pun tak perlu
untuk kautukangi keranda buat mengisiku
yang akan diarak ke pusara bisu
cacaklah nisan selepas 100 hari
aku di kembalikan pada
tanah asal penciptaanku.

Cukuplah cuma papan-papan biasa
buat menjadi bekas yang dipanggil keranda
mengisi jasad kaku
tidak bernyawa terbujur
menghadap Ilahi hanya bekal amal diterima.


Kirimkan aku cinta wahai saudara
dengan hadiah surah-surah kasih
moga Pencinta tidak menerima
aku sebagai pendosa.

FARAHANA HUSSAIN
Lambor Kiri, Bota

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.