Technorati search

12/13/07

NOSTALGIA UPSI



Nostalgia 1


Masihkah kauingat

gemersik suara pujangga OT Dussek

pengetua sulung dan terulung SITC

adalah nama asalnya

Sultan Idris Training College for the Malay

Teachers?

Masihkah ia disimpan atau disemadikan

di lubuk aspirasi menara gading

yang sejarah tragisnya masih terasa?


Usah biarkan benak ini terburai

sekadar satu dua kelumat cukup kiranya

bukankah di sini tapak semaian bunga

bangsa

yang satu ketika dulu dianjak ditatah

sebagai tugu binaan semangat

melakarkan gagasan Universiti Orang

Melayu (UOM)?

Kini ke mana perginya baris yang ditulis

dan tapak yang ditatah ?

Atau ia terus tenggelam

lemas dalam deras zaman ilusi baru

Saya Ini Tukang Kayu?


Nostalgia 2

Ingatkah tuan pada satu perhimpunan

Komrad Dussek pernah berkata:

Mana ada orang di dunia ini

yang sanggup berkata kepada bangsanya

mari kita beli asam garam

dari kedai bangsa kita

dan tidak daripada bangsa lain?

Rupanya Itulah adegan senjata makan

tuan

dan sesudah itu Dussek

dan seluruh buah fikirnya

dipenjarakan di lautan gersang

buat selama-lamanya.


Episod

Hari ini kalau ada sesiapa yang mahukan

gagasan Universiti Orang Melayu

dihidupkan

nasibnya akan serupa nasib Dussek

yang dibakar hiba malam kelam

yang panjang....


ABDUL JALIL ISHAK

Pusat Pendidikan Global

Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.