Technorati search

12/26/07

MEMAHAT NISAN

Sedang waktu, siang dan malam
memahat batu nisan
di antara bulan dan alam maya
di antara matahari dan mayapada
sedang penyair asyik memahat aksara
sedang pemidato asyik memahat kata
sedang waliullah asyik memahat doa
kerana perjalanan ke rumah-Nya
penuh dengan suara retorika.
aku sedang mengukir batu nisan
di dangau kalbuku!

NAAPIE MAT
UPM-KKB, Ogos 2007

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.