Technorati search

12/11/07

JANGAN BUNUH AKU II

Jangan bunuh aku dengan api amarahmu
aku masih mahukan kemaafanmu
berteduh di kelopak seri simpatimu
bagai dulu mesra dengan belaianmu
terikat erat antara setia & air mata.

Jangan bunuh aku dengan peluru keegoanmu
kita masih perlukan perdamaian
berjuang di persada kukuh perdagangan
bagai jiran tetangga dengan penghormatan
terjalin mesra antara mercu & hala tuju.

Jangan bunuh aku dengan bala musibah-Mu
aku masih pohonkan keampunan-Mu
bersujud di sejadah taubat syumul-Mu
bagai wujud semula dengan rahmat-Mu
terkapar zuhud antara kudrat & iradat.

Tolonglah jangan bunuh aku
sayugia kalian; sendiri tahu
sesungguhnya aku masih mahu
bernafas dalam jasad keprihatinan-Mu.

IDANRADZI
Jenaris Kajang.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.