Technorati search

12/6/09

NERAKA DUNIA

Sekian lama membaja usia
sekian lama menabur kasih
ibunda tersayang sering doakan
Ya Tuhanku, kurniakan aku keturunan yang mulia
pengubat di kala duka, penyeri di kala kekusutan
aku tidak mahu, padi ditanam lalang yang tumbuh.

Gementar dengan perkataan D ... A ... D ... A ... H
darinya mengalir AIDS, yang pasti
peragut di jalanan hasilannya jua
berkeliaran di lorong sepi bagaikan anjing liar
bercompang-camping menjijik pandangan
tak bermaya bagaikan mayat hidup
menjejaskan imej, maruah tercemar
mahukah kita saksikan demikian?

Apapun, kita perlu kentalkan usaha
perangi habis-habisan, dari desa yang sepi
hingga ke puncak menara
jika perlu meredah belantara,
jika perlu kita redah lautan tanpa simpati
laungkan ... dadah pemusnah negara, dadah ... durjana bangsa ...
dadah ... pencemar budaya
demi maruah negara tercinta.

Aduhai remaja pewaris negara
suburkan jiwa dengan ilmu pendidikan
sirami sanubari dengan nur keimanan
jadikan diri warga berkualiti
demi masa depan yang terus gemilang
generasi terbilang, pewaris masa depan.

Jika jiwa kita luhur
keimanan terus subur
punya akidah dinamik, tak mungkin luntur
masa depan sudah pasti terserlah
negara berdaulat, makmur merdeka
itulah harapan kita bersama.

MALEK HASSAN
PPD Padang Terap

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.