Technorati search

12/6/09

DI DAERAH PINGGIRAN

Manusia daif di desa
jujur tiada lakonan di mata
apa yang dikata itulah suara
apa yang dibuat itulah jiwa
mereka saudara mara kita
mereka rakan taulan kita
di daerah pinggiran tersisih
ada yang rasa luka merintih
cari siapa berkongsi sedih.

Mereka orang-orang terpencil
miliki apa pun tetap kerdil
tangan dihulur tidak berjabat
jika tidak perkenan yang dilihat
ada janji bantuan tidak tiba
ada ketika berlapar dahaga.

Manusia makmur di kota
sudah lama hilang cakna
siapakah dihimpit derita
siapakah simiskin di hati
siapakah sisakit di tepi
terkujur kaku
dihurung malu.

ADE PUTRAGONG
Manek Urai, Kelantan

1 comment:

noordina mnoor said...

Manek urai? Oohh..kampungku!

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.