Loading...
Technorati search

11/1/08

SEORANG KANAK-KANAK DAN LAYANGLAYANG

Di atas jalan yang berkerikil
seorang kanak-kanak
berwajah comot
berpakaian lusuh
melangkah lesu melangkahi batas-batas
waktu
memandang ke dada langit
sambil mengheret
layang-layangnya yang koyak
tiada angin yang bertiup
namun cuba diterbangkan juga layang-layang
itu
di tengah padang impian.

MD NIZAR BIN PARMAN
Parit Raja.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.