Technorati search

11/8/08

MONOLOG ANAK MERDEKA

Merdeka itu
kisahnya berdarah
mayat bersepah
laung rakyat penuh amarah
British menjajah
Jepun meludah
komunis melapah
pada pertiwi yang cekal
kala dahi ditunjal-tunjal.

Merdeka itu
datangnya bukan senang
datang bukan kerana dagang
carik-carik surat dilayang
orang tak dengar, tak pandang
lagi dihina katanya Malaya ini belum
matang.

Merdeka itu
cerakin ilmu si pemimpin pertiwi
penuh diplomasi
canai integrasi
disuruh emosi letak ke tepi
demi maruah, ego meninggi
demi merdeka, sepakat termetrai.

Merdeka itu
lahirnya bukan mudah
pertahan berganda payah
semakin zaman berubah
semakin sejarah dimamah tanah
semakin kita gah
semakin kita pandang renyah
pada hartanya merdeka
pada hartanya jiwa bangsa
pada hartanya bebas suara
pada hartanya bangsa kita!

Merdeka itu boleh luput
andai diri dinyah patriotisme
jiwa dijajah idealis moden syaitan
bangsa dituba sumpah sesama
insan.

Andai pembelot dinomborsatukan
kesatuan dinomborduakan
dan Tuhan dibuang daripada ingatan.
Merdeka itu

bawah.
mahukah ia hilang setelah angkasa
berjaya kita cecah?

SARAH MOHD SHUKOR
30 Ogos 2008
Moscow, Rusia.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.