Technorati search

8/23/08

MERDEKA; SEBENARNYA UNTUK SIAPA


(Setelah berkurun hasrat dihimpun)


I
Telah 51 tahun teriak kemerdekaan
dalam berbagai erti keraian
kerana ceriteria keranda didulang emaskan
kesima, kebenaran tulang-tulang berserakan
darah nenek-moyang tumpah di halaman
mahupun parajurit gugur di perbatasan
namun 'Hak Kita' masih dipertikaikan
Bagaimana sejarah mahu dimerdekakan
sedang yang nyata cuba dipesongkan
atas nama sebuah kebebasan.

II
Sudah 51 tahun tradisi diwarisi
istiadat; bunga di tugu pejuang pertiwi
tetap terlukis wajah-wajah yang sembunyi
apa sebenarnya yang mereka cari...
di sebalik telunjuk mecucuk mata sendiri
di setara kuasa yang telah diberi
di serata negeri yang telah dikongsi.
Bagaimana merdeka dapat dijiwai
sedang yang datang pun tegar di sini
atas nama sebuah hak asasi.


III
Setelah sudah 51 tahun...
kota majmuk sebuah bangsa
pintunya semakin wajar dibuka.
Jangan tersinggung; bila cucu kita
bertanya
"Atuk, Sebenarnya Merdeka untuk
siapa?"

IBRAHIM GHAFFAR
Jalan Iskandar, Kapar

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.