Technorati search

4/8/08

RINTIHAN AL-AQSA

Bayu dingin
Baitulmaqdis
meniup liar
rintih laramu Al-Aqsa
perca koyakan
sirah ketamadunanmu
berterbangan bagai debu
tanpa harga
serpih peluru
di dada ketauhidanmu
basah disaluti luka bengkak
bernanah sebuah maruah
menahan rindu mulus kepada
seorang Sallahudin Al-Ayubi
menanti di pangkin
setia dalam resah
parah berdarah
walau sering ditampar ejekan
jemari dusta durjana.

Semilir esakanmu
Al-Aqsa
berdengung di pintu masuk
israk Mikraj
namun gemanya
hanya dendangan
tidur jiwa kosong
hingga nafasmu sesak dalam
dakapan yuda semalam
rintihanmu pasrah, tanpa tahu
ratib tangis esoknya.

INA MARJANA ULFAH
Segamat, Johor.

1 comment:

Unknown said...

salam, terima kasih kerana menyiarkan sajak saya di sini. salam kenal

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.