Technorati search

4/8/08

CINTAKU KEPADAMU BAHASA MELAYUKU



Kumenyusuri denai bahasaku yang berliku
menghalang penjajahan minda petualang
mencari mantera mengisi ruang akalku
dengan kalimat penuh semangat
'tak akan Melayu hilang di dunia'
kutanam semangatnya buar teguh di jiwa.

Kutebas lalang di lorong bahasaku
mencari makna frasa demi frasa
untuk mendidikku cara lenggok berbudi
juga mengajarku tentang citra kesusilaan
agar langkahku teratur gagah ke hadapan
penuh dengan diplomasi sopan Melayu.


Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat
pedang
menghiris dan membunuh perasaan
jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman.

ZABRI ZAINOL ABIDIN
Anjung Sena, SK Kulim Hi-Tech.

3 comments:

Mdm.Lat said...
This comment has been removed by the author.
Mdm.Lat said...

Terima kasih kepada penulis dan blogger kerana sy telah mendeklamasikan puisi ini semasa hari perasmian bulan bahasa peringkat kebangsaan di kolej sy.

Unknown said...

Nda best ba

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.