Technorati search

4/8/08

17 ZULHIJJAH 1428 BENAZIR TERBUNUH

Demi mengejar pilihan raya yang kaku dan jahat
Parti Rakyat Pakistan memperisaikan wanita
lulusan Harvard dan sebelumnya Convent of Jesus and Mary Karachi
siapa pun Puan, yang pasti peluru menembusi kepala, leher, perut dan dada
nyawa jua ruh pun terbang menerusi liang yang terbuka.

Rawalpindi dungu sebenarnya
lebih dungu katimbang Washingston, Baghdad mahupun kini, Paris
ada manusia yang kerja mestinya memakmurkan bumi
tapi dibunuh dengan marah nafsu
sebuah dataran yang penuh terisi insan Islam
duhai Musyaraf, di mana imanmu?
alahai ketua-ketua tentera dan polis
di mana iman kalian?
hingga terjadi tragedi di bumi Islam yang wajibnya menyelamatkan.

Siapapun kami, Malaysia ini tetap menjunjung keimanan
sejahat dan sebusuk manapun musuh politik
yang tetap dilihat, iman
jika tidak, rupa manusianya
hingga tiada yang 'mati' walau darahnya merah.

Sudah mati aku rupanya, ucap hati Benazir
ruhnya tidak berjasad lagi dan mesti berdepan
seluruh rekod dosa dan kebajikannya
sejak lahir hingga semalam
dan hingga akhirat, andai ada hartanya yang haram tersimpan
jenuhlah menjawab soalan diri perihal dosa
andai ada harta rakyat dicuri.

Benazir, kulihat wajah akhirmu pucat lesi
sejam sebelum mati
walau Puan tahu akan ditembak
cuba berani degil diri hingga alpa
seksaan alam barzakh yang pasti, yang pasti
nyata kesilapan manusia ini
mahu merebut kerajaan sebuah negara
yang janjinya kaya-raya, kaya-raya, berkuasa pula
[tapi sebenarnya mencelakakan ruh mana-mana manusia].

DAENG RAMLIAKIL
UPM.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.