Technorati search

3/23/08

CERMIN TAKDIR

Terselak amalan di depan cermin takdir
angin yang membawa debu perhitungan
antara keinsafan dan pengorbanan
dalam membilang tasbih yang belum cukup
untuk dipenuhi pada sarat ingatan

Cermin takdir tak perlu mengejek lagi
kerana telah kujamah sepinggan hakikat
meneguk air keimanan
yang kuadun daripada resipi kehidupan
di mana rencahnya kudapati dari pasar cabaran. Cermin takdir telah pecah berderai kini
tak perlu kutatap lagi untuk kesekian kali
kejahilan atau ketakwaan diri
pasti tercatat oleh-Nya Yang Satu
dan aku reda menerima ketentuan-Nya.

NOORAMALIA HUSSAIN
Kangar, Perlis.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.