Technorati search

12/26/07

SETELAH PENGALAMAN MENJADI PETA

Kedut dahi petani pedalaman
menyatakan jujurnya kemiskinan
bahawa tiada terbaik pengalaman
melainkan memungkini pengajaran.

Segala payah mereka itu ibarat doa
terbaik hikmah anugerah Allah
menghantar mereka ke Tanah Suci
membayar keringat penuh berkat
setelah sekian usia menghidup bumi.

Sejauh jalan mereka lalui
masa lepasnya amat mengajarkan
sempadannya adalah kepuasan
sebagai tebusan kedaifan silam.

Peta pengalaman itu
sekalipun berkedut seribu
terbentang juga melepasi halangan
sedang mereka rentasi sekarang.

NAWAWEE MOHAMMAD
Jertih, Terengganu

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.