Loading...
Technorati search

12/11/07

DI LAMAN SYAWAL

Di bawah lindungan ini
suara tangis dikikis pergi
setelah terkuak takbir hiba
pada malam yang mengungkap
rahsia kebesaran
mendengungkan gema Allah-hu-Akhbar
Allah-hu- Akhbar Allah-hu akhbar
yang melembapkan wajah pasir kemarau
bagai titis embun pertama
membelah kesunyian alam
dan mengisi kekosongan.

Di laman iman ini
buah-buah ranum pun girang
menghulur akrab salam lebaran
di sini, di perkebunan Aidilfitri
keluh duka terlontar wajah riang
pada pagi lapang
takbir dan tahmid.

Di pintu Syawal ini
segar pun mengepung mesra
sejurus melompat getar
dinihari mencengkam nostalgia
memuji-Mu ya Rabbi ya Rahman
ikhlas dihulurkan, saling bermaafan
dari semua lading kasih
pada setiap pagi tasbih.

DR.RAJIEE HADI
Bandar Baru Bangi.

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.