Technorati search

5/4/08

RUMAH AMANAH

Di atas tapak tanggungjawab
terbina rumah amanah
berdiri kuat
berbumbung tetap
bertiang tegak
berdinding akidah.

Di bawah langit kepercayaan
terpancar terang maruah
meskipun diserang

kelkatu godaan
niat dan kejujuran
tidak berubah.

Rumah ini tempat
tumpah kerelaan
kesetiaan dan kesucian ikrar
dalam pemeliharaan iman
berpaksi kebenaran
sesaat tidak tersasar.

Rumah amanah
dalam dirimu
bersih tanpa sekelumit debu
tegaknya jangan dibiar
sesiapa mengganggu
kerana sedikit retaknya
keruntuhan menunggu.

NAZIM MOHD SUBARI
Endau, Johor

No comments:

 

Hakcipta Terpelihara 2007| disediakan Oleh Tinta Keris diubahsuai dan direka oleh Keris Putera.
Tiada bahagian yang boleh disalin semula tanpa kebenaran bertulis.